Kerjaya kelab Sebastiaan Bornauw

Anderlecht

Bornauw telah melakukan penampilan sulungnya untuk Anderlecht dalam aksi liga menewaskan Kortrijk 1-4 pada 28 Julai 2018 semasa beliau berusia 19 tahun.[2] Bornauw seterusnya menjadi tonggak utama pertahanan Anderlecht walaupun beliau merupakan pemain muda. Secara keseluruhannya, beliau telah beraksi dalam 24 perlawanan liga dan menjaringkan satu gol pada musim sulungnya bersama Anderlecht.

Köln

Pada 6 Ogos 2019, Bornauw menyertai Köln dengan rundingan kontrak selama lima tahun.[3] Pada 29 Oktober 2019, beliau menjaringkan gol pertamanya di Bundesliga semasa menentang SC Paderborn. Semasa musim sulungnya di Köln, Bornauw mempamerkan dirinya sebagai pemain utama[4][5] dan menjadi tonggak penting kelab.[6]

Rujukan

WikiPedia: Sebastiaan Bornauw http://static.belgianfootball.be/project/publiek/j... http://www.soccerway.com/players/sebastiaan-bornau... https://brf.be/sport/1392175/ https://www.bundesliga.com/de/bundesliga/news/rook... https://www.bundesliga.com/en/bundesliga/news/seba... https://int.soccerway.com/matches/2018/07/28/belgi... https://uk.soccerway.com/matches/2020/10/08/world/... https://fc.de/en/fc-info/teams/first-team/squad-li... https://fc.de/fc-info/news/detailseite/details/seb...